
Sebelum itu, benih hendaklah disemai didalam plastik hitam ataupun bekas seperti pasu. Saya menggunakan bahan recycle untuk bekas semaian dan juga plastik hitam untuk semaian yang berharga RM3.oo sebungkus.
Anak benih akan mulai tumbuh dalam masa seminggu hingga 2 minggu. dalam masa itu penyiraman dilakaukan setiap pagi dan petang iaitu 2 kali sehari.
ini penting untuk menjamin pembesaran anak benih tersebut.
Apabila anak benih telah besar sedikit dan mempunyai beberapa helai daun besar maka ianya boleh di pindahkan ke batas. Tujuannya ialah untuk menggalakkan pertumbuhan anak benih tadi supaya dapat membesar dengan baik.

Batas disediakan lebih awal dengan menggemburkan tanah dan mencampurkan tanah dengan baja kompos seperti tahi ayam. Ini untuk menjadikan tanah tersebut subur untuk tanaman.

perlindungan dari cahaya matahari juga perlu dalam tempoh awal pembesaran anak benih sayuran. Oleh itu pemasangan plastik hitam digunakan untuk melindungi tanaman dari pancaran terus matahari dan serangan serangga perosak.

1 comment:
wewit..hihihihi
Post a Comment