Powered By Blogger

Tuesday, December 8, 2009

cuti sakit lagi....

PUTRAJAYA: Majikan yang sering menerima sijil sakit (MC) daripada kakitangan terutama pada Isnin dan Jumaat perlu memeriksa kesahihan dokumen berkenaan bagi mengelakkan mereka diberikan ‘MC terbang’ yang dikeluarkan pihak tidak bertanggungjawab.

Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Datuk N Marimuthu, berkata ada segelintir kakitangan syarikat atau jabatan kerajaan mengambil jalan mudah membeli MC daripada pihak tidak bertauliah kerana malas bekerja.

Kita tahu ada sesetengah pekerja suka mengambil MC pada Isnin dan Jumaat untuk memanjangkan tempoh cuti dan mereka tahu mungkin majikan tidak meluluskan cuti jika permohonan dibuat dan jalan paling mudah membeli sijil sakit.

“Mungkin ini mendorong wujudnya kegiatan menjual sijil sakit di kalangan pengusaha gerai burger dan pihak lain yang mampu mengaut keuntungan kerana wujudnya permintaan daripada pekerja sama ada kerajaan atau swasta,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.

sumber dari harian metro.

No comments:

Time and Date