Powered By Blogger

Saturday, January 9, 2010

isu penggunaan kalimah Allah

sesungguhnya Al-Quran telah menyarankan cara yang betul menggunakan perkataan Allah, sebagaimana yang dinyatakan dalam Surah al-Imran ayat 64 yang bermaksud: Katakanlah hai ahli kitab, marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahawa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan dia, dengan sesuatupun dan tidak (pula) sebahagian kita menjadikan sesama manusia seperti pemimpin dan sebagainya, sebagai tuhan selain Alllah.

firman Allah: (maksudnya) “dan janganlah kamu berbahas dengan Ahli Kitab (Yahudi dan Kristian) melainkan dengan cara yang lebih baik, kecuali orang-orang yang berlaku zalim di antara mereka; dan katakanlah (kepada mereka): “Kami beriman kepada (Al-Quran) yang diturunkan kepada kami dan kepada (Taurat dan Injil) yang diturunkan kepada kamu; dan Tuhan kami dan juga Tuhan kamu adalah satu; dan kepadaNyalah kami berserah diri”. (Surah al-Ankabut: 46).

1 comment:

Anonymous said...

perkara kecil yang diperbesarkan. saya setuju dengan sahabat, kata2 ahli politik diambil kira kata-kata alim ulamak diketepikan. dimana Islam agama rasminya? yang mengetuai badan badan islam adalah orang yang bukan ahli atau alim dalam ilmu islam itu sendiri.

Time and Date